Thursday, 13 October 2016

KESIMPULAN

Oleh yang demikian, kabinet yang terkandung di dalam badan eksekutif memainkan peranan yang sangat penting dan ianya dipengaruhi oleh kepimpinan penyandangnya. Walau bagaimanapun, keberkesanan kepimpinan seorang yang dilantik bergantung kepada ciri-ciri atau sifat peribadi yang dimilikinya. Bak kata pepatah “Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama”.

 Dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong merupakan lambang perpaduan dan kedaulatan negara. Walaupun Perlembagaan Persekutuan meletakkan baginda sebagai tunggak pemerintahan negara, kuasa kerajaan sebenar terletak pada tangan seorang Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan.

   
   Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menasihati baginda dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai ketua negara yang diberikan kuasa eksekutif oleh Perlembagaan. Seorang Perdana Menteri memegang jawatan itu selagi beliau mendapat sokongan majoriti di Parlimen.Oleh yang demikian, Perdana Menteri memainkan pelbagai peranan sama ada di dalam mahupun di luar kerajaan. Perjalanan pentadbiran kerajaan bertambah lancar dan teratur dengan peranan yang dimainkan oleh Jemaah Menteri yang terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik mewakili portfolio masing-masing.
                                                                             

No comments:

Post a Comment