Thursday, 13 October 2016

BADAN JUDISIARI

Kehakiman (kadang-kala juga dipanggil judisari)merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majisteret yang biasannya dilantik oleh ketua negara masing-masing.Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang.


Tanggungjawab Badan Kehakiman 


    1. Mengadili tindakan sivil  


    Badan kehakiman boleh meletakkan hukuman tertentu bagi kes yang dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah , samada kes jenayah mahupun sivil , baik antara individu dan individu kerajaan. Mahkamah merupakan salah satu institusi badan kehakiman. Ianya terdiri daripada beberapa peringkat seperti Mahkamah Masjistret dan Mahkamah Tinggi. Rajah dibawah menunjukkan institusi mahkamah dari pelbagai peringkat melalui badan kehakiman : 






      



    2. Mengisytiharkan sesuatu undang-undang yang tidak sah  



    Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem perlembagaan beraja (constitutional monarshy) . Ia bermaksud pembahagian kuasa dalam negara adalah berdasarkan kepada perlembagaan negara dan Yang Di-pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Oleh itu, badan kehakiman bertanggungjawab untuk memastikan serta mengisytiharkan apa sahaja undang-undang yang menglanggar perlembagaan negara sebagai tidak sah justeru , boleh membatalkan undang-undang tersebut.


    3. Mentafsirkan Undang-Undang   



    Selepas rang undang-undang diperkenanakan oleh YDPA , undang-undang tersebut boleh dilaksankan oleh badan eksekutif. Oleh itu, badan kehakiman bertanggungjawab untuk menilai atau mentafsirkan undang-undang tersebut serta menetapkan hukuman yang setimpal kepada orang yang melanggar undang-undang tersebut. 


    CONTOH - CONTOH MAHKAMAH dan BADAN KEHAKIMAN 





     
     Pakaian Hakim semasa di dalam Mahkamah





     

     Mahkamah yang terkenal di Malaysia
             


        Akhir sekali , cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut.
           
      
       Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.

    1 comment: