Thursday, 13 October 2016

BADAN EKSEKUTIF



    Secara ringkasnya eksekutif adalah badan ynag menjalankan pentadbiran bagi sesebuah negara. Ia juga merupakan institusi politik yang mula-mula sekali diwujudkan berbanding dengan institusi lain. Ia penting, kerana institusi merupakan asas bagi semua bentuk sistem politik dan kerajaan yang menentukan arah dan halatuju kemajuan sesebuah negara. Eksekutif negara adalah nadi segala kegiatan politik. Walaupun jumlah anggotanya kecil, peranan serta kegiatan yang dimainkan olehnya adalah begitu banyak sekali. Di samping itu segala kegiatan dan tindakannya mendapat perhatian rakyat dan mempengaruhi kehidupan semua lapisan masyarakat. 













Peranan Badan Eksekutif  

  


     1. Mentadbir Negara

   Ini merupakan tugas utama dan tugas ini tidak boleh dijalankan sewenang -wenangnya kerana ia  akan mengganggu pentadbiran negara. Pentadbiran negara dibahagikan kepada beberapa kementerian dengan setiap kementerian diketuai oleh seorang eksekutif. Bagi melicinkan lagi jentera pentadbiran, kementerian dipecahkan kepada beberapa jabatan yang mana ketua bagi setiap jabatan ialah pentadbir yang berkhidmat sebagai penjawat awam.


       2. Perhubungan Diplomatik 


    Ketua eksekutif juga mewakili negara dalam mengadakan perhubungan dengan negara luar. Persidangan dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa biasanya akan dihadiri oleh Ketua Eksekutif atau wakil-wakilnya bersesuaian dengan persidangan yang dihadiri. Merekalah yang akan membincangkan masalah dunia atau masalah serantau. Perlembagaan begini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan politik malahan dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.


         3. Badan Pengampun 


    Fungsi ini sebagai jalan terakhir bagi pesalah-pesalah yang biasanya menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup untuk mendapatkan keampunan. Di Malaysia, misalnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan kesalahan seseorang.



          4. Merangka Dasar Persekutuan 



    Dasar merupakan fahaman atau halatuju yang ingin digunapakai pihak pentadbiran. Jika terdapat percanggahan dengan sebarang dasar kerajaan, seseorang rakyat Malaysia tidak boleh dipenjarakan mahupun dikenakan tindakan undang-undang sivil. Pihak-pihak tertentu mungkin boleh menjadikannya ia sesuatu isu. Dasar boleh diubah oleh Menteri yang baru mengambil alih jawatan tersebut. Rang undang-undang pula hanya boleh dipinda, dimansuhkan dan diperkenalkan oleh Badan Legislatif. Contohnya Dasar Luar Malaysia. Semasa Tunku Abdul Rahman Ministry, dasar luar Malaysia adalah pro-Barat dan anti-Komunis. Apabila Razak Ministry, mengambil alih, Malaysia mengamalkan Dasar Luar Terbuka – buat pertama kalinya Malaysia menjalinkan hubungn diplomatik dengan negara-negara Komunis, khususnya Republik Rakyat China.



CONTOH-CONTOH BADAN EKSEKUTIF

                                                                                 


          Pakaian yang selalu dipakai oleh Badan Eksekutif   di  luar negara.




                                 
    Pakaian yang dipakai oleh Badan Eksekutif di Malaysia



    No comments:

    Post a Comment